Quantcast
Channel: Fuh.My | Mencetus Fenomena™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856

KISAH IKHTIBAR DARI TANAH SUCI MEKAH

$
0
0

KISAH IKHTIBAR DARI TANAH SUCI MEKAH | telah mencatatkan dgn pelbagai pengalaman aneh, misteri dan cukup menginsafkan. Melalui pengalamaan-pengalaman itu, akurlah kita betapa kita makhluk Allah kerap mengingkari perintahnya dan betapa Allah maha berkuasa. Ia boleh membalas perbuatan kita pada bila2 masa dlm apa jua bentuk sekalipun yg disukainya termasuklah yg mengaibkan kita.

Salah satu kisah menarik yg cukup baik utk kita ambil iktibar ialah mengenai seorg jemaah lelaki yg gagal masuk ke masjidil haram (MH).

Setiap kali hendak masuk ke MH, dia menjadi panik spt org ketakutan, lalu ia tergesa2 pulang ke hotel penginapannya.

Lelaki itu cuba lagi utk memasuki MH , tetapi kelakuan anehnya seperti berulang sehingga hampir seminggu sehingga ia tidak dapat bersolat di MH.

Tentu ada sesuatu yang menyebabkan Allah menimpakan dirinya dengan kejadian tersebut. Setelah diselidiki yang pada mulanya lelaki tersebut agak keberatan untuk menceritakan, akhirnya segala persoalan terjawab.

Ceritanya amat memalukan tetapi banyak ikhtibar dan pengajaran. Sebenarnya ia mempunyai hobi yang sangat hina dan buruk, iaitu suka menonton filem lucah. Filem lucah sudah menjadi seakan-akan "santapan" hariannya malah sebelum bertolak ke tanah suci pada malam terakhir, sempat lagi ia menontonnya.

Rupa2nya , lelaki itu memberitahu setiap kali hendak memasuki MH, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorg wanita yang dalam keadaan berbogel menerkam ke arahnya spt mahu memeluknya. Kerana takut akan perlakuan wanita itu akan memalukan ditgh khalayak jemaah yg ramai, maka ia pun melarikan diri.

Jalan yang terbaik utknya hanyalah meminta keampunan dan taubat dengan sebenar-benar taubat iaitu taubat nasuha , dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya itu.

Alhamdulillah, selepas itu. barulah bayangan dan gambaran yang sering menghantuinya sebelum memasuki MH hilang . Allah itu maha pengampun . Mintalah dan bertaubatlah kepadanya sekiranya kita telah "tersesat jalan"

Alhamdulillah, lelaki ini akhirnya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah dan kembali ke jalan yang sepatutnya dalam islam.

Kesimpulan dari cerita ini, ialah kita sebagai manusia mempunyai berbagai2 hobi yang kadang-kala hobi tersebut ternyata melanggar hukum Allah. Cubalah kita hindari dan jauhi dari perkara-perkara yang mungkar dalam membentuk diri kita sebagai seorg muslim yang baik.
Semoga "suatu catatan perjalanan" lelaki tadi memberi kita sedikit kesedaran agar menjauhi larangan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam.

Insyallah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856