Pentas Akhir Final Maharaja Lawak Mega 2012 | Seperti yang kita tahu, pada persembahan Maharaja Lawak Mega Minggu ke-9 lepas tiada penyingkiran dilakukan. Keputusan itu merupakan keputusan kata sepakat dari juri tetap iaitu Awie, Wulan, Najip Ali dan juga Lisa Surihani kerana mereka menganggap kedua-dua peserta iaitu kumpulan Boboi dan Kumpulan SayWho juga layak beraksi pada Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).
Pentas akhir ini akan berlangsung di Stadium Tertutup Johor Bahru iaitu pada hari Jumaat ini bersamaan 18 Januari 2013 pada jam 10 Malam dan bersiaran secara langsung (LIVE & EXCLUSIVE) hanya di siaran Astro Warna 132 dan Astro Mustika HD 134. Pihak fuh.my akan cuba sedaya upaya mencari siaran Live Streaming Astro Warna buat tontonan semua.
Peserta Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 adalah Jozan, Jambu, Shiro, Saywho dan juga Boboi. Dilihat 1 persainagn sengit diantara kelima-lima kumpulan kerana perbezaan undi yang mereka terima tidak jauh bezanya.
Mengenai Tiket Pentas Akhir Final Maharaja Lawak Mega 2012,kami pon tidak pasti bila boleh di tebus dan dimana harus di tebus kerana pihak Astro sendiri belum memutuskan lagi. Kami akan update secepat mungkin mengenai tiket ini kerana ramai yang tertanya-tanya bila dan dimana tiket boleh ditebus. boleh baca di bawah ini.
Tarikh: 18 Januari 2013
Tempat: Dataran MBJB (Dataran Bandaraya)
Masa: 10 pagi hingga 12 tengah hari
Jumlah Tiket: 1 bil - 2 tiket
Tiket Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir hanya terbuka kepada pelanggan Astro yang melanggan pakej Mustika sahaja. Sila bawa bil astro terkini beserta salinan kad pengenalan (pemilik asal akaun tersebut). Jika wakil yg membuat tuntutan tiket perlu membawa kedua-dua rujukan di atas.
Tarikh: 18 Januari 2013
Tempat: Dataran MBJB (Dataran Bandaraya)
Masa: 10 pagi hingga 12 tengah hari
Jumlah Tiket: 1 bil - 2 tiket
Tiket Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir hanya terbuka kepada pelanggan Astro yang melanggan pakej Mustika sahaja. Sila bawa bil astro terkini beserta salinan kad pengenalan (pemilik asal akaun tersebut). Jika wakil yg membuat tuntutan tiket perlu membawa kedua-dua rujukan di atas.
Jadi siapakah yang bakal bergelar Juara Maharaja Lawak Mega Tahun 2012 - 2013 ini?adakah peserta kegemaran anda yang bakal merangkul kejuaraan tersebut? Sama-sama kita nantikan pada hari Jumaat nanti. Jangan lupa untuk mengundi dengan menaip ML20 <jarak> Nama Pelawak dan hantar ke 32888
So diharapkan pada Final MLM 2012 kali ini, persembahan terbaik akan diberikan oleh setiap peserta bagi tidak menghampakan penyokong-penyokong dan pengundi walaupun tidak menjadi juara MLM 2012.
MLM2012@FUH.MY