
Live Streaming Kelantan Vs ATM 13 April 2013 Liga Super | Pada 13 April ini bersamaan hari Sabtu, pasukan Kelantan FA akan menerima kunjungan daripada pasukan ATM FA dalam perlawanan Liga Super 2013.
Perlawanan diantara kedua pasukan ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan iaitu pada jam 8:45 malam. Kelantan akui bahawa ATM memiliki kelebihan kerana mereka telah mendapat rehat yang cukup berbanding pasukan Kelantan yang sebelum ini padat dengan perlawanan-perlawanan bola sepak.
Namun demikian, itu bukanlah alasan buat Kelantan untuk tunduk kepada pasukan ATM pada perlawanan esok tambahan pula mereka bermain di kubu kuat mereka pastinya mereka akan menunjukkan persembahan bertenaga di hadapan penyokong The Red Warrior!
Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 pada jam 8:00 malam. Kepada yang tidak berkesempatan menonton melalui kaca TV, anda bolehlah menonton melalui link live streaming yang kami sediakan di bawah ini.