Live Streaming Pahang Vs Felda United 26 April 2013 | Pada malam ini iaitu jam 8:45 malam akan berlangsungnya satu perlawanan Liga Super 2013 diantara pasukan Pahang menentang pasukan dari Felda United. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Darulmakmur, Kuantan Pahang.
Selepas permulaan yang mengejutkan untuk kempen musim ini, Anak buah Dollah Salleh semakin menunjukkan kehambaran dalam permainan apabila ketika ini mereka hanya menduduki di tempat kelima dalam jadual Liga Super 2013 dan bergelut untuk bersaing dalam 3 kelompok teratas Carta Liga
Dollah Salleh akan berharap bahawa bintang tempatan beliau Fauzi Roslan, Azzamuddin Akil, Amirulhadi dan juga R. Gopinathan boleh membuat serangan yang hebat dan mewujudkan peluang terhadap Felda United. Keputusan malam ini amatlah penting bagi pasukan Pahang untuk membawa tiga mata penuh bagi merapatkan jurang dengan 3 pasukan teratas dimana ketika ini Pahang mengumpul 20 mata, 7 mata di belakang peneraju liga, Lions XII.
Di Felda United, lain pula ceritanya apabila mereka hanya berjaya mengumpul 1 mata sahaja dalam 3 perlawanan terakhir mereka dimana 2 perlawanannya adalah menentang pasukan gergasi Selangor. Pasukan Felda United yang hanya menjaringkan 7 gol dalam 12 perlawanan menunjukkan jentera serangan mereka sangatlah tumpul.
Dengan berada dalam zon bahaya sudah semestinya pasukan Felda United akan bermain bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata bagi bersaing dalam Liga Super musim hadapan. Dengan adanya penyerang import baru iaitu Leonel Saint-Preux boleh memberikan mereka lebih banyak gol ketika mereka cuba untuk mencari kemenangan pertama mereka dalam tiga perlawanan.
Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801 dan pihak kami menyediakan link live streaming bagi tontonan anda semua. Selamat menonton!