Quantcast
Channel: Fuh.My | Mencetus Fenomena™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856

Harga Kereta Lebih Murah Selepas PRU13 Hanyalah Mimpi?

$
0
0

Harga Kereta Lebih Murah Selepas PRU13 Hanyalah Mimpi? | Keputusan Pilihan Raya Umum kali ke-13 (PRU13) yang berlangsung semalam (5 Mei 2013) telah pun diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Keputusannya memperlihatkan Barisan Nasional (BN) kembali membentuk kerajaan persekutuan apabila memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen, sementara Pakatan Rakyat (PR) menang 89 kerusi Parlimen.

Apakah signifikannya keputusan PRU13 dengan kita semua? Banyak yang boleh saya ulas di sini, tetapi memandangkan ruang yang ada adalah khusus untuk perkara-perkara pokok berkaitan dunia automotif, saya hanya ingin menyentuh mengenai impian untuk memiliki kereta dengan harga yang lebih murah di negara tercinta ini.

Imbas kembali dalam manifesto PR untuk PRU13, antara yang mendapat perhatian ramai ialah berkenaan hasrat PR untuk mengurangkan harga kereta secara berperingkat sebanyak 20 peratus dalam tempoh lima tahun. Bagi saya cadangan tersebut sangatlah baik dan boleh dilakukan, tidak ada sebab langsung kenapa ianya tidak boleh direalisasikan.

Tetapi malangnya itu hanyalah apa yang terkandung di dalam manifesto PR. Hakikat sebenarnya PR telah gagal membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baru. Kegagalan PR membentuk kerajaan persekutuan menggantikan BN secara tidak langsung telah menenggelamkan terus impian untuk melihat harga kereta di Malaysia menjadi lebih murah, bagaikan mimpi semalam yang berlalu apabila terjaga dari tidur.

Ada yang berkata BN juga telah menjanjikan perkara yang sama, tetapi setakat mana kebenarannya? Setahu saya BN hanya berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional. Ada bezanya di antara janji untuk menurunkan harga kereta secara terus dan janji untuk mengkaji penurunan harga kereta.

Katakan selepas ini BN telah membuat kajian yang secukupnya mengenai penurunan harga kereta, keputusannya pula bagaimana? Masih samar-samar di situ kerana ada dua kemungkinan – positif atau negatif. Positif bermakna harga kereta akan diturunkan, itu pun maksimum mungkin sebanyak 30 peratus sahaja. Negatif pula bermaksud penurunan harga kereta tidak dapat dilakukan, alasannya? Seperti biasa ada beribu-ribu alasan untuk dipilih.

Saya impikan harga kereta lebih murah, itu harapan saya sebenarnya. Bukan kerana tidak mampu, tetapi membeli sesebuah kereta biarlah setimpal dengan puluhan ribu wang yang dikeluarkan, bukannya mahal tidak bertempat. Realitinya ramai di antara kita yang enggan memiliki kereta pada harga yang lebih murah, saya kecewa.

p/s : Penulisan di atas hanyalah pendapat peribadi saya semata-mata dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Tahniah kepada BN kerana sekali lagi mendapat mandat daripada rakyat. Dan untuk PR, anda tidak kalah dalam erti kata yang sebenarnya. - AK

Dipetik dari ArenaKereta

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856