Quantcast
Channel: Fuh.My | Mencetus Fenomena™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856

Petanda Penyakit Kanser Paru-paru Yang Wajib Diketahui

$
0
0

Petanda Penyakit Kanser Paru-paru Yang Wajib Diketahui Barah peparu adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk.

Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan berlaku, menyebabkan bisul paru-paru - lung abscess. Pesakit akan mula batuk bahan lendir berdarah. Bagaimanapun jika tumor membesar ke luar paru-paru, pesakit mungkin tidak menyedarinya sehingga ia mula menjangkiti bahagian tubuh yang lain.

Tanda-tanda biasa termasuk:
  • batuk darah atau bahan paru-paru
  • batuk teruk yang kronik
  • nafas bersiul
  • sakit dada
  • kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan
  • pendek nafas.
Barah paru-paru didapati lebih kerap terjadi di kalangan penduduk bandar berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk pencemaran.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856