Quantcast
Channel: Fuh.My | Mencetus Fenomena™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856

Kisah Benar Benar Berlaku. Mayat Hidup Semula.

$
0
0


Kisah Benar Benar Berlaku | Assalamualaikum. Actually sebelum ni Dr Fuh ada update mengenai Kisah Benar Wanita Mati Hidup Semula. Tapi yang tu berlaku di Indonesia. Kali ni Dr Fuh nak share Kisah Benar dari Kaherah pula.

KAHERAH: Keadaan sedih di upacara pengebumian bertukar gembira apabila ‘mayat’ yang hendak dikebumikan tiba-tiba bangun.

Hamdi Hafez al-Nubi, 28, pelayan restoran dari Naga al-Simmanm, diisytiharkan mati selepas mengalami serangan jantung di tempat kerja.

Ketika persediaan untuk mengebumikannya dilakukan, doktor yang dihantar untuk menandatangani surat kematiannya mendapati tubuhnya masih hangat.

Keluarga Hamdi yakin dia sudah mati, malah sudah pun memandikan ‘mayatnya’ dan bersedia untuk dikebumikan.

Apabila mendapati tubuh Hamdi masih hangat, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati dia masih bernafas.

Keluarga Hamdi tidak membatalkan upacara pengebumian tetapi sebaliknya mengadakan kenduri meraikan ‘kebangkitannya’ semula.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856