Kisah Sehebat-Hebat Alexander The Great | Ini kisah pengajaran hidup dari Alexander The Great. Semasa nazak, dalam keadaan kritikal, Raja terkenal dari Greece, iaitu Alexander the Great atau ada yang mengatakan Iskandar Zulkarnain berkata kepada tabib yang merawatnya:
“Ambillah separuh dari kekayaanku, jika kamu dapat menghantar aku untuk menemui ibuku sebentar saja…”
Tabib tersebut menjawab:
“Jangankan separuh, bahkan seluruh kekayaan Baginda diberikan kepada hamba semuanya, hamba pun tidak mampu menambah walau satu tarikan nafas.”
Mendengar jawapan tersebut, air mata pun berlinang di pipi raja tersebut, dia berkata:
“Seandainya saya tahu begitu berharganya satu tarikan nafas, maka saya tidak akan menyia-nyiakan waktu hanya untuk mengejar kekuasaan.”
Kemudian Raja tersebut pun berpesan, supaya sewaktu diarak di dalam keranda menuju peristirahatannya yang terakhir, dia minta agar kedua tangannya dikeluarkan, supaya setiap rakyatnya dapat melihat bahawa menunjukkan Alexander Agung yang hebat dan mampu menguasai wilayah terbesar sepanjang sejarah kehidupan manusia ini ternyata harus berpulang dengan tangan kosong.
Tidak memiliki apa-apa dan tidak membawa apa-apa…
Sedangkan orang kita berpolitik, semakin hampir dengan PRU13, semakin hangat fitnah-menfitnah, saling membuka aib, saling kafir mengkafir, sesat menyesat, tikam menikam, semakin saling membicarakan hukum hakam yang salah sedikit sahaja ucapan dan tulisan boleh tergelincir akidah Islam kita hanya kerana apa…..?
KUASA!
Kelahiran dan kematian adalah awal dan akhir, yang terpenting dari hidup ini adalah bagaimana kita mengisi kehidupan yang ada diantara ke duanya.