Quantcast
Channel: Fuh.My | Mencetus Fenomena™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856

Fuh Pelik! Ular Berkaki Ditemui Di China!

$
0
0

Fuh Pelik! Ular Berkaki Ditemui Di China! | Menurut Puan Duan yang berasal dari Suining, China selatan, dia terbangun apabila mendengar suara aneh dan terus menekan suis lampu. Dia sangat terkejut melihat haiwan yang sedang merayap di dinding dengan kakinya.

Kerana dia sangat takut, dia terus mengambil sesuatu dari sebelahnya ketika itu dan terus memukul haiwan seperti ular itu sehingga mati. Lalu dia mengambil bangkainya dan mengawetkannya di dalam sebuah botol. Ular sepanjang 16 inci itu juga memiliki jari-jari kecil.

Ketika ini, makhluk itu sedang diteliti oleh Life Sciences Department di China West Normal University di Nanchang. Seorang pakar ular bernama Long Shuai ketika diminta memberi pendapatnya mengatakan: "Ini sangat mengejutkan, namun kami tidak akan mengetahui penyebab keanehan ini sebelum mengadakan autopsi." Mutasi genetik yang umumnya terjadi pada ular adalah tumbuhnya kepala kedua yang muncul dengan proses yang sama seperti kembar siam pada manusia. -CDaily

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856