Quantcast
Channel: Fuh.My | Mencetus Fenomena™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856

Selangor Meneraju Liga Super Selepas Tewaskan Kelantan

$
0
0

Selangor Meneraju Liga Super Selepas Tewaskan Kelantan |  Kemenangan 2-0 di laman sendiri ke atas Kelantan menyaksikan Selangor muncul pendahulu Liga Super 2013 setidak-tidaknya buat sementara waktu. 

Ketiadaan kapten Kelantan, Badhri Radzi dalam kesebelasan jelas dirasai skuad bimbingan Bojan Hodak sehingga memberi kesan besar kepada corak permainan mereka pada separuh masa pertama. 

Red Giants mengambil kesempatan itu untuk mencipta dua gol menerusi tandukan Francis Forkey Doe pada minit ke-13 sebelum Ramez Dayoub turut menggunakan kepalanya untuk mengecewakan Kelantan buat kali kedua pada minit ke-26. 

The Red Warriors cuba bangkit dengan memasukkan Badhri Radzi dan Keita Mandjou, percaturan itu tampak memberi perubahan dengan permainan semakin seimbang. 

Namun kelebihan buat Selangor kerana benteng tuan rumah yang diterajui Ramez Dayoub berada di tahap terbaik untuk mengekang asakan pemain-pemain Kelantan. 

Selangor memintas Pahang yang hanya akan menentang LionsXII esok dengan mendahului carta Liga Super dengan 13 mata.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856