Nelydia Senrose Dan Qi Razali Sedang Bercinta? Benarkah? | Ehem. Dalam desas-desus mengatakan Nelydia Senrose nak berhenti berlakon tiba-tiba timbul pulak mengayakan Qi Razali Dan Nelydia Senrose yang terkenal dengan watak Ersalina dalam Drama Setia Hujung Nyawa sedang mengenal hati budi masing-masing. Betul ke ni?
Namun begitu, mereka berdua belum lagi sampai ke tahap bercinta. Hanya berkawan sahaja. Bagi Qi, dia selesa bersama Nelydia. Kata Qi kepada Utusan Malaysia:-
Memang saya selesa dengannya, rasanya tidak ada masalah untuk saya bersama dengan orang yang saya selesa. Jangan terlalu cepat membuat andaian, kami sudah kenal lama dan buat masa ini kami masih sedang mengenali. Saya mahu ia berjalan dalam proses yang betul, biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa.
Elok sangat lah tu. Kalau boleh cuba kenal hati budi betul-betul then terus hantar pinangan kalau rasa serasi. Jangan tunggu lama-lama dah. Nanti takut jadi macam kisah kontroversi antara Sharnaaz Ahmad dengan Shila Amzah pulak.