Siaran Tertunda Johor Darul Takzim Vs Lions XII 19 February 2013 | Pada malam ini selain perlawanan di antara ATM vs Selangor, akan berlangsung juga perlawanan diantara 2 pasukan dari Selatan tanah air iaitu Johor Darul Takzim menentang Lions XII.
Perlawanan akan berlangsung pada jam 8:45 Malam bertempat di Stadium Larkin, Johor. Johor Darul Takzim dilihat mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri dan sudah semestinya akan mendapat sokongan padu dari rakyat jelata Johor.
Namun penyokong pasukan Lions XII juga takkan melepaskan peluang membanjiri Stadium Larkin yang tidak jauh mana pon dari Singapura. Perlawanan diantara Johor DT dan Lions XII bakal disaksikan lebih 20 ribu penyokong bola sepak.
Siaran langsung tidak dapat disiarkan pada perlawanan ini kerana bertindih dengan perlawanan di antara ATM dan Selangor. Jadi Siaran Tertunda akan disiarkan pada jam 11:30 Malam di Astro Arena.
Selamat menonton dan majulah sukan untuk negara!