Quantcast
Channel: Fuh.My | Mencetus Fenomena™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856

e-Penyata Gaji 2013 (Semakan Slip Gaji Online)

$
0
0
e-Penyata Gaji 2013 Semakan Online, Semakan Penyata Gaji Dan Laporan Secara Online, Semak penyata pendapatan tahunan.

Semakan Online e-Penyata Gaji 2013 (Slip Kakitangan Kerajaan) | Dunia di hujung jari. Itulah yang mampu diperkatakan oleh Dr Fuh. Sekarang ni nak semak apa semua dah boleh buat semakan secara online dah, tak payah susah-susah pergi beratur panjang di mana-mana pejabat untuk membuat semakan online atau membuat bayaran. Tapi nak semak BR1M 2.0 secara online je takde lagi. Ada agenda lah tu. Haha.

Kalau dahulu nak slip gaji memang kena tunggu gaji, sekarang anda sudah boleh menyemak slip gaji anda secara online menerusi Laman Portal Rasmi Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM).

Biasanya dalam masa 1 hari sebelum gaji, slip gaji bulan berkenaan sudah dipaparkan dalam laman portal berkenaan. Untuk akses ke laman berkenaan, pengguna kali pertama perlu mendaftarkan diri mereka. Untuk membuat Semakan Penyata Gaji Online anda boleh terus ke laman berkenaan di www.anm.gov.my.

Disini ianya lebih memudahkan kita untuk membuat semakan penyata gaji secara online. Selain anda boleh buat semakan gaji online, anda juga boleh menyemak penyata pendapatan tahunan. Penyata gaji anda juga akan senantiada ada disini dan bila-bila masa sahaja anda boleh cetak untuk sebarang urusan secara online. 

Bagi yang belum pernah mendaftar, anda boleh mebuat pendaftaran online melalui pautan yang kami sediakan di bawah ini.


Bagi yang sudah mendaftarkan diri secara online untuk e-penyata gaji ini anda boleh log in pada pautan yang kami sediakan di bawah ini untuk membuat semakan secara online dan melihat laporan.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh emailkan kepada maklumbalas[at]anm.gov.my atau hubungi terus di talian 03 - 8882 1000.

Terima Kasih

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856