Sinopsis Dan Teaser Drama Karlos Slot Aksi Tv 3 | Seperti yang kita ketahui, pada 4 Mac 2013 ini bersamaan dengan hari Isnin akan bermula satu filem genre aksi pada jam 9:00 malam iaitu Drama Karlos Slot Aksi TV 3. Drama yang menggantikan drama siri "Spy M" ini dibarisi pelakon-pelakon handal seperti Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Elmy Moin, Sherie Merlis, Leez dan ramai lagi.
Drama bersiri yang diarahkan oleh Feroz Kader bersama penulis skrip, Sofia J Rhyland ini merupakan drama adaptasi dari kisah benar namun di olah sedikit bagi menampakkan aksi dramatik dan mencantikkan jalan ceritanya.
Drama ini dilihat bakal mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana drama ber genre aksi dan adaptasi dunia realiti ini sudah pasti menjadi perhatian pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun kaum dewasa.
Sinopsis Drama Karlos Slot Aksi TV 3
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.
Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan.
Tonton Online Drama Karlos Slot Aksi TV 3 Full Episod
Live Streaming Drama KArlos Slot Aksi TV 3
Teaser Drama Karlos Slot Aksi TV 3
Tonton Online Drama Karlos Slot Aksi TV 3 Full Episod
Live Streaming Drama KArlos Slot Aksi TV 3
Teaser Drama Karlos Slot Aksi TV 3