Berita Terkini Kes Lahad Datu - Korban Anggota Keselamatan Negara Meningkat | Baru sebentar tadi telah di war-warkan bahawa seorang lagi Anggota Keselamatan Negara tekorbandalam pertempuran di Lahad Datu antara pemberontak kesultanan Sulu dengan Pasukan Keselamatan Negara Malaysia. Berikut merupakan petikan dari mStar Online.
"SEMPORNA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang lagi anggota polis terbunuh dalam insiden serangan oleh kumpulan bersenjata di Semporna pada Ahad.
Jumlah tersebut menjadikan lapan anggota polis terkorban dalam mempertahankan keamanan negara daripada kumpulan pencerobohan bersenjata daripada Sulu.
Pada Sabtu, lima anggota polis terbunuh dalam insiden serangan hendap ke atas Kampung Siminul di Semporna."
Sama-sama kita mendoakan agar keselamatan rakyat Sabah dan Pasukan Keselamatan Negara dilindungi oleh Allah S.W.T.
Al-Fatihah kepada para Syahid Fisabilillah..
Lagi Berita Kes Pencerobohan Di Lahad Datu