Kes Lahad Datu Berita Terkini (Jenazah Anggota Keselamatan Yang Tekorban Mula Dibawa Pulang) | MO,LAHAD DATU, 4 /3/2013- Jenazah dua pegawai dan empat anggota polis yang terkorban dalam kejadian tembakan di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabtu, dihantar balik ke kampung masing-masing, Isnin.
“Jenazah akan diterbangkan bermula pukul 1 petang tadi dari Lapangan Terbang Tawau,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada taklimat media di Felda Sahabat, kira-kira 130 kilometer dari sini, pagi Isnin.
Mereka yang terkorban ialah Supt Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, ASP Michael Fadil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau) dan L/Kpl Mohd Azrol Tukiran (PGA Tawau).
Hamza berkata senarai penuh nama pegawai dan anggota yang terkorban akan dipapar pada laman sesawang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesemua mereka terkorban selepas diserang hendap ketika melakukan siasatan di kampung itu susulan maklumat mengatakan ada kumpulan bersenjata bersembunyi di situ.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, enam lelaki daripada kumpulan penceroboh bersenjata tersebut juga maut.
Menurut Hamza, polis masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Beliau menegaskan keadaan keselamatan di Lahad Datu, Semporna dan Kunak adalah keadaan terkawal.
Mengenai kerjasama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hamza berkata polis hanya menggunakan aspek teknikal ATM dalam operasi kawalan keselamatan itu.
Lagi Berita Kes Pencerobohan Di Lahad Datu
- ATM Ambil Alih Kes Penceroohan Lahad Datu, Tiada Lagi Kompromi. Gempur!!
- Angka Korban Anggota Keselamatan Negara Di Lahad Datu Meningkat
- 5 Lagi Anggota Keselamatan Negara Maut
- Berita Kes Lahad Datu - Seorang Lagi Anggota Polis Terkorban
- Video Insiden Pemberontakan Di Lahad Datu (Update Terkini)
- Insiden Lahad Datu ( Kronologi Kes Pencerobohan)
- Update Insiden Pencerobohan Pemberontak Sulu Di Lahad Datu, Sabah!
Berikut merupakan Jadual Penghantaran Pulang Jenazah Anggota Keselamatan Negara Yang Terkorban:
Tarikh: 04 Mac 2013
1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching
4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang
Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu
5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah)
Tempat: Semporna
6. Kpl/S Salam bin Togiran
Masa: 10.30 pagi (van jenazah)
Tempat: Batu 15, Tawau.
Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.
sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada Anggota Keselamatan Negara yang terkorban dan berdoa agar tiada lagi berita kematian anggota keselamatan mahupun rakyat Sabah dikeluarkan.